Kesahihan Beberapa Dapatan Mukjizat Rasulullah; Suatu Analisa

http://aliranbayu.blogspot.com/2020/10/kesahihan-beberapa-mukjizat-rasulullah.html [rencana terdahulu]

3]   Binatang jinak/ buas tidak akan menunjukkan rasa marah pada baginda. [Masih belum diketemukan nas yang sahih dan mantap]

4] Semasa tidur, baginda boleh mendengar perbualan orang [Masih belum diketemukan nas yang sahih dan mantap]

5] Rasulullah mampu melihat segala pemandangan di depan dan belakang tanpa menoleh.

klik

Jelas dari pautan artikel tersebut keupayaan rasulullah mengamati di luar

skop pandangan biasa. Namun adakah baginda hanya mengutarakan secara kinayah/ perbidalan/ perumpamaan supaya mereka lebih berhati-hati demi menerangkan keluasan ilmu beliau atau memang pandangan mata fizikal [hakiki] baginda?

Atau kebolehan tersebut memang nyata, tetapi di dalam beberapa kes tertentu sahaja.

5] Baginda sentiasa lebih tinggi satu kaki dari orang yang menemuinya

[Masih belum diketemukan nas yang sahih dan mantap]

6] Baginda dikhatan, dimandikan dan dibersihkan dalam perut bondanya.

Terdapat beberapa pendapat mengenai hal tersebut seperti tulisan ini:

Klik

Menurut pendapat lain:

Klik

Nabi memang telah lahir dalam keadaan bersuci dan berkhatan:

” Namun dalam catatan kakinya, Syaikh Shafiyyurahman al Mubarakfuri menyebutkan, terdapat riwayat yang menyebutkan bahwa Nabi sudah lahir dalam keadaan sudah dalam kondisi berkhitan. Ini berdasarkan kitab Talqihu Fuhumi Ahlil Atsar.

Namun yang lain berpendapat tiada hadis sahih menyokong hal tersebut,” Tetapi, Syaikh Shafiyyurahman yang mengutip pernyataan Ibnu Qayyim, menuliskan tidak terdapat satu pun hadits yang valid tentang ini.”

6] Rasulullah dikatakan tidak mempunyai bayang-bayang, baik dari bulan atau matahari;

Hal ini bertentangan dengan hadis sahih dan pendapat para sahabat:

Klik

7] Rasulullah dikatakan sentiasa dilindungi awan.

Didapati pernyataan tersebut tiada sokongan hadis yang sahih.

Klik

Zikir Mufrad

Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

DR Rozaimie

Klik

· Shared with Public[Zikir Allah Allah Secara Mufrad (Tunggal): Suatu Pencerahan]

Sebahagian orang mula panas apabila saya memberitahu bahawa guru saya yang mulia tidak bersetuju dengan zikir Allah Allah sehingga digelarkannya dengan gelaran Pak Pandir. Sehinggakan ada seorang ustaz yang kalah saman fitnah pun nak masuk campur juga dalam isu ini. Saya kira jangan gopoh sangatlah nak menghentam. Takut terfitnah orang lagi. Cukuplah sekali kena saman fitnah. Mereka membawa beberapa dalil dari al-Quran dan hadis untuk mengatakan zikir Allah Allah ini ada fadhilatnya.Isu yang dibahaskan di sini ialah adakah lafaz Allah Allah itu suatu zikir khusus yang sunat hukumnya secara khusus? Maka guru saya yang mulia menyebutkan bahawa beliau tidak menjumpai dalam mana-mana hadis Nabi berzikir dengan lafaz Allah Allah secara tunggal (mufrad) tanpa ada ayat lain yang mengirinya yang memberi maksud seperti Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), Subhanallah (Maha Suci Allah), Allahuakbar (Allah Maha Besar).Apa yang penting ialah perlu dibezakan antara keharusan menyebut lafaz Allah dengan galakan menyebut Allah Allah sebagai zikir khusus. Jika yang nak dibincangkan ialah keharusan menyebut lafaz Allah Allah maka sudah semestinya ia boleh seperti mana Bilal menyebut lafaz Ahad Ahad untuk mengikrarkan tauhidnya kepada Tuhan yang satu. Bahkan lafaz Bilal itu ada lafaz yang dihazafkan (tidak disebut tetapi difahami pada konteks ayat) iaitu Allah ahad (Allah yang satu). Ia tetap memberikan makna dari sudut struktur ayat. Adapun perinciannya saya jawab seperti berikut:1. Mereka bawa beberapa ayat al-Quran untuk isu ini. Tetapi semua dalil al-Quran yang mereka bawa tidak ada satu pun yang jelas menunjukkan zikir Allah Allah itu suatu yang dituntut. Lihat dalil al-Quran yang mereka kemukakan:واذكر اسم ربكMaksudnya: sebutlah nama Tuhanmu.Tidak ada dalam ayat ini sesuatu yang menunjukkan galakkan menyebit lafaz Allah Allah secara mufrad. Al-Qurtubi menjelaskan:أي ادعه بأسمائه الحسنى… وقيل أي اقصد بعملك وجه ربك، وقال سهل: اقرأ بسم الله الرحمن الرحيم في ابتداء صلاتكMaksudnya: iaitu berdoalah dengan nama-Nya yang baik. Dikatakan juga maknanya ialah tuntutlah dengan amalan baikmu keredaan Tuhanmu. Kata Sahl: bacalah bismillahirrahmanirrahim di awal solatmu. Manakala ayat:قُلِ اللَّهُ ثُمَّ ذَرْهُمْ فِي خَوْضِهِمْ يَلْعَبُونَ Ayat ini kuga langsung tidak ada galakan jelas menyebut Allah Allah secara mufrad. Sebaliknya ayat ini ialah arahan dari Allah kepada Nabi untuk menjawab persoalan siapakah yang menurunkan kitab kepada Musa. Maka jawapannya Allah. Kata al-Tabari:أمر من الله لنبيه محمد صلى الله عليه وسلم أن يجيب استفهامه هؤلاء المشركين عما أمره باستفهامهم عنه بقوله: قل من أنزل الكتاب الذي جاء به موسى نورا وهدى، بقيل ” الله “. Manakala ayat:فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْAyat ini juga tidak terdapat galakan berzikir Allah Allah secara mufrad dengaj jelas. Sebaliknya kata al-Qurtubi:اذكروني بالطاعة أذكركم بالثواب والمغفرة، قاله سعيد بن جبير وقال أيضا: الذكر طاعة الله فمن لم يطعه لم يذكره وإن أكثر التسبيح والتهليل وقراءة القرآنMaksudnya: sebutkanlah Aku dengan ketaatan aku akan menyebut kamu dengan pahala dan keampunan. Ini yang disebutkan oleh Said bin Jubair. Dia berkata lagi: zikir adalah ketaatan kepada Allah, siapa yang tidak taat maka dia tidak ingat Allah walaupun dia banyak bertasbih, tahlil dan baca al-Quran.2. Antara dalil hadis yang digunapakai oleh mereka yang panas hati ini ialah hadis berikut:( لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ ) Maksudnya: tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi disebut di dunia ini Allah Allah.(HR Muslim)Hadis yang dijadikan sandaran ini tidaklah boleh menjadi dalil dalam isu ini kerana sebab berikut:i. Untuk memahami maksud mana-mana hadis kita perlu mengumpulkan riwayat-riwayat bagi hadis yang sama. Inilah yang dilakukan Imam Muslim dalam sahihnya, Ibn Hajar dalam Fathul Bari dan ulama lain dari kalangan Ahlussunnah.ii. Melihat kepada riwayat-riwayat hadis ini jelas bahawa ia tidak seperti yang difahami oleh golongan yang panas hati. Sebaliknya ia menunjukkan bahawa sewaktu kiamat berlaku tidak ada orang yang menyembah Allah. Maksudnya kiamat hanya berlaku pada orang yang tidak bertauhid kerana orang yang bertauhid akan mati dahulu. Buktinya riwayat lain bagi hadis ini menyebutkan:( لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ عَلَى أَحَدٍ يَقُولُ : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه ) Maksudnya: tidak berlaku kiamat ke atas seseorang yang menyebut: tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Riwayat ini dinukilkan oleh Imam Ahmad, Ibn Hibban dan lain-lain lagi. Tafsiran ini selari dengan hadis lain yang menyebutkan bahawa sebelum kiamat nanti Allah akan menghantar angin mematikan semua orang yang ada iman dalam jiwanya.Kata Amru bin al-Aas:ثم يرسل الله ريحا باردة من قبل الشام فلا يبقى على وجه الأرض أحد في قلبه مثقال ذرة من خير أو إيمان إلا قبضته….قال: سمعتها من رسول الله صلى الله عليه وسلمMaksudnya: kemudian Allah menghantar angin sejuk dari arah Syam dan tidak ada atas dunia seirang yang dalam jiwanya sebesar zarah kebaikan atau iman melainkan akan dimatikan…aku mendengar ini dari Nabi sallallah alaih wasallam. ii. Tidak sesuai menggunakan riwayat ini untuk mengatakan berzikir dengan lafaz Allah Allah sunat secara khusus. Berikut beberapa komentar ulama silam terhadap hadis ini:- kata al-Tibi:معنى ( حتى لا يقال ) حتى لا يذكر اسم الله ولا يعبد Makna “sehingga tidak disebut” dalam hadis bermaksud: sehingga tidak disebut lagi nama Allah dan Allah tidak disembah lagi.- kata al-Munawi:وليس المراد أن لا يتلفظ بهذه الكلمة ، بل أنه لا يذكر الله ذكرا حقيقيا ، فكأنه لا تقوم الساعة وفي الأرض إنسان كامل ، أو التكرار كناية عن أن لا يقع إنكار قلبي على منكر ؛ لأن من أنكر منكرا يقول عادة متعجبا من قبحه ” الله الله ” فالمعنى : لا تقوم الساعة حتى لا يبقى من ينكر المنكرMaksudnya: bukanlah hadis ini bermaksud lafaz Allah tidak disebut langsung, tetapi ia tidak disebut secara hakiki, seolah-olah maksudnya tidak berlaku kiamat sedangkan dalam dunia insan yang sempurna. Ataupun ulangan lafaz Allah (Allah Allah) merupakan kiasan tentang tidak berlaku penentangan pada jiwa ke atas sesuatu kemungkaran (pada zaman itu) kerana oraang yang mengingkari kemungkaran akan berkata pada kebiasannya kerana terkejut dengan keburukannya:Allah Allah.Maka makna hadis ini: tidak akan berlaku kiamat sehinggalah tidak wujud lagi orang yang meningkari kemungkaran.Di mana lafaz dalam hadis ini yang mengatakan sunat zikir lafaz Allah secara khusus? Saya tidak menjumpainya.iii. Jika benar maksud hadis ini seperti mana yang didakwa oleh orang yang panas hati. Maka adakah bermakna kiamat akan berlaku walaupun orang yang berzikir dengan zikir yang ada dalam hadis dengan lafaz yang lengkap? Ini kerana mereka meninggalkan lafaz Allah Allah secara mufrad (tunggal)? Sedangkan hadis sahih menyebutkan bahawa sebelum kiamat Allah akan menghantar angin yang akan mematikan semua orang yang beriman? 4. Jika anda masih berkeras mahu kata ia sunnah juga dengan mengatakan ada ulama yang membenarkannya, saya akui memang ada ulama yang membenarkannya. Dan ada juga yang mengatakan zikir seperti ini tiada dalilnya. Apa pun terpulanglah kerana kita masing-masing membawa amalan di hadapan Allah. Saya cuma boleh kata, sebaik zikir ialah zikir yang diajarkan oleh Nabi Muhammad sallallah alaih wasallam. Zikir Nabi dalam hadis semuanya dalam bentuk ayat yang lengkap seperti Allahu akbar, Subhanallah dan seumpamanya. Cuba tanya diri, apakah yang menyebabkan kita berat melengkapkan ayat dalam zikir seperti yang dianjurkan Nabi? Berbahagialah orang yang memegang petunjuk baginda dalam ibadat walau digelar pak pandir.Dr Rozaimi Ramle

Pendapat lain:

https://jomfaham.blogspot.com/2020/05/masalah-zikir-allah-secara-tunggal.html

KISAH UKASYAH MEMUKUL RASULULLAH SAW

Riwayat Kontradiksi

Akulah sahabatnya di kala suka dan duka.Kalau engkau hendak memukul,maka pukullah aku”.
Rasulullah SAW bersabda: “Duduklah wahai Abu Bakar.Ini urusan antara aku dgn Ukasyah”.
Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah SAW. Kemudian Umar bin Khattab berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata:
“Ukasyah…kalau engkau mau mukul, pukullah aku.Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad,bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya.Itu dulu. Sekarang, tidak boleh ada seorang pun yg boleh menyakiti Rasulullah Muhammad SAW.Kalau engkau berani menyakiti Rasulullah,maka langkahi dulu mayatku..!!”
Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW:”Duduklah wahai Umar. Ini urusan antara aku dengan Ukasyah”.
Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah, dan tiba2 berdirilah Ali bin Abu Talib, sepupu sekaligus menantu Rasulullah SAW.
Dia menghalangi Ukasyah sambil berkata: “Ukasyah, pukullah aku saja.Darah yang sama mengalir pada tubuhku ini wahai Ukasyah”.
Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW:”Duduklah wahai Ali,ini urusan antara aku dengan Ukasyah”.
Ukasyah semakin dekat dgn Rasulullah SAW. Tiba2 tanpa disangka, bangkitlah kedua cucu kesayangan Rasulullah SAW yaitu Hasan dan Husen. 
Mereka berdua memegangi tangan Ukasyah sambil memohon…”Wahai Pak cik,pukullah kami Pak cik, nenda kami sedang sakit,Pukullah kami saja wahai Pak cik,sesungguhnya kami ini cucu kesayangan Rasulullah SAW.Dengan memukul kami, sesungguhnya itu sama dengan menyakiti nenda kami,, wahai Pak cik.”
Lalu Rasulullah SAW berkata: “Wahai Cucu2 kesayanganku, duduklah kalian.Ini urusan nenda dengan Pak cik Ukasyah”.
Begitu sampai di tangga mimbar,dengan lantang Ukasyah berkata:
“Bagaimana aku mau memukul engkau ya Rasulullah. Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau mau aku pukul, maka turunlah ke bawah sini..!!”
Rasulullah SAW memang manusia terbaik. Kekasih Allah itu meminta beberapa sahabat memapahnya ke bawah. Rasulullah SAW didudukkan pada sebuah kursi,lalu dengan suara tegas Ukasyah berkata lagi:
“Dulu waktu engkau memukul aku, aku tidak memakai baju,Ya Rasulullah.”
Para sahabat sangat geram mendengar perkataan Ukasyah.Tanpa berlengah2 dalam keadaan lemah, Rasulullah SAW membuka bajunya. Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah yg sangat indah; tetapi ada beberapa ketul batu terikat di perut Rasulullah, pertanda Rasulullah sedang menahan lapar…
Kemudian Rasulullah SAW berkata:”Wahai Ukasyah,Segeralah dan janganlah kamu berlebih2an.Nanti Allah SWT akan murka padamu.”
Ukasyah langsung menghambur menuju Rasulullah SAW,, Cemeti di tangannya di buangnya jauh2. Kemudian ia peluk tubuh Rasulullah SAW seerat2nya,, sambil menangis se mahu2nya…lalu ia berkata:”Ya Rasulullah, Ampunilah aku,Maafkanlah aku;Mana ada manusia yg sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah. Sengaja aku melakukan ini, agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu…Karena Engkau pernah mengatakan “Barang siapa yang kulitnya pernah bersentuhan denganku, maka diharamkan api neraka atasnya.”
Seumur hidupku aku bercita2 dapat memelukmu.Karena sesungguhnya aku tahu bahwa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. 
Dan sungguhnya aku amat takut dengan api neraka.Maafkan aku ya Rasulullah…”
Rasulullah SAW dgn senyum berkata:
“Wahai sahabat2ku semua, kalau kalian ingin melihat Ahli Syurga, maka lihatlah Ukasyah..!!”
Semua sahabat menitikkan air mata. Kemudian para sahabat berganti ganti memeluk Rasulullah SAW.

Terdapat khilaf mengenai kisah tersebut:

Sila Klik

Corona Virus Telah Dinyatakan Dalam Al-Quran?

This image has an empty alt attribute; its file name is qourunq1.png

Berdasarkan kepada photo tersebut, seseorang mengajukan persoalan, adakah Virus Corona pernah dinyatakan di dalam al-Quran?

Jawapan saya:

Sebenarnya perkataan tersebut tiada kaitan dgn apa yg berlaku sekarang. Ia bukanlah sumber hukum yg sahih dan tidak boleh dijadikan hujjah. Ianya hanyalah susunan huruf oleh penulis bagi peringkat awal. Cuma kelihatan susunan ayat yg kebetulan. Terjemahan secara harfi juga tidak menepati kaedah ilmu nahu bahasa Arab.

Jawapan saya itu nampaknya menyokong tegasan ustaz Abdul Samad :

Ust. Abdul Samad 2

Juga dinafikan oleh Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin

Khilaf Tentang Bacaan Baris Dalam Istighfar

1-Perbincangan bacaan Istighfar

Ada menyatakan demikian:

Beberapa jawapan

1- https://abidfana.com/2014/02/25/istighfar-yang-sempurna-catatan-di-musim-kemarau/

BARIS BACAAN ISTIGHFAR YANG TEPAT PADA AL-HAYY DAN AL-QAYYUM

Tidak cukup dengan itu, masih ada lagi yang bertanya, baris sebenar lafaz istighfar itu, sama ada al-hayyul-qayyumu atau al-hayyal-qayyama (baris atas atau baris bawah). Saya sempat menyemak di dalam kitab Al-Azkar (al-Muntakhabah min Kalam Sayyid al-Abrar) karangan Al-Imam Al-Nawawi. Saya akui yang cetakan kitab ini juga terdedah kepada salah dan silap. Akan tetapi, saya dapati kedua-dua lafaz, sama ada baris atas atau baris bawah pada al-Hayy dan al-Qayyum itu, ada termaktub di dalam kitab berkenaan di dua bab yang berbeza. Seperti gambar di bawah:

Al-Azkar: Bab Apa Yang Dibaca (Nabi) Selepas Sunat Rakaat Sebelum Subuh. Baris Atas

Al-Azkar: Bab Apa Yang Dibaca (Nabi) Pada Awal Pagi Jumaat. Baris depan.

Setelah berbincang dengan rakan-rakan, kedua-dua bacaan di atas adalah betul. Yang penting ialah konsistensi antara al-Hayy dan al-Qayyum. Penjelasannya:

1. Bagi yang membaca dengan baris depan, iaitu al-Hayyul-Qayyumu, sifat Allah yang Maha Hidup, dan Maha Memelihara, ianya adalah sifat yang kembali kepada هو (hu) yang juga, secara linguistik, hukumnya berbaris hadapan.

2. Bagi yang membaca dengan baris atas, iaitu al-Hayyal-Qayyuma, ianya merujuk kepada lafaz Allaha pada استغفر الله yang hukumnya adalah baris atas juga.

3. Bahkan, saya juga mendapat ilham yang boleh juga membaca pada baris bawah, iaitu al-Hayyil-Qayyumi, yang mana ianya merujuk kepada ha pada اليه (selepas ila, ha itu hukumnya baris bawah).

Kesalahan baris pada lafaz istighfar dalam salah sebuah Ma’thurat. Tertulis al-Hayyu al-Qayyuma. Yang tepat, ialah konsisten sama ada baris atas atau baris depan, ie al-Hayyu al-Qayyumu atau al-Hayya al-Qayyuma. Rujuk nahu Bahasa Arab.

2- https://www.facebook.com/UstazShahrilAzman/posts/2451505671623600/

DUA WAJAH BACAAN ISTIGHFAR

Ungkapan istighfar ini:

أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه

Boleh dibaca dengan dua wajah. Pertama: Baris depan, Al-Hayyul Qayyumu

أسْتغفِرُ اللهَ الذي لا إلَه إلا هو الحَيُّ القَيُّومُ وأتُوبُ إِليْهِ

Kedua: Baris atas, Al-Hayyal Qayyuma

أستغفرُ اللهَ العظيمَ الذي لا إلهَ إلَّا هو الحيَّ القيومَ وأتوبُ إليه

Kedua-dua bentuk bacaan tersebut adalah betul, kerana ada hadith yang datang dengan lafaz الحيُّ القيُّومُ dan ada hadith yang datang dengan lafaz الحيَّ القيومَ.

(1) Antara yang meriwayatkan dengan Al-Hayyul Qayyumu ialah Abu Daud dalam kitab sunannya, Imam Ibnu Munzir dalam kitab At-Targhib bahawa Rasulullah saw bersabda :

مَن قال : أسْتغفِرُ اللهَ الذي لا إلَه إلا هو الحَيُّ القَيُّومُ وأتُوبُ إِليْهِ يَقولُها ثلاثًا غُفِرَ لهُ وإنْ كان فَرَّ من الزَّحْفِ

Artinya : Barang siapa mengucapkan aku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan selainNya yang hidup lagi berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya sebanyak tiga kali nescaya akan diampun baginya sekalipun lari dari peperangan.

Imam Ahmad juga meriwayatkan hadis dari Abi Said Al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَأْوِى إِلَى فِرَاشِهِ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومُ وأَتُوبُ إِلَيْهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ رَمْلِ عَالِجٍ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ عَدَدِ وَرَقِ الشَّجَرِ

Artinya: Barang siapa mengucapkan istighfar ini…ketika berada di tempat tidurnya sebanyak tiga kali. Nescaya Allah ampunkan dosa-dosanya walaupun dosa-dosanya seperti buih di lautan, atau seperti pasir yang menggunung, atau seperti daun-daun pokok yang banyak.

(2) Antara yang meriwayatkan dengan Al-Hayyal Qayyuma ialah Imam Tirmizi, Jalaluddin as-Sayuti dan Abu Daud. Bahawa Rasulullah saw bersabda :

من قال : أستغفرُ اللهَ العظيمَ الذي لا إلهَ إلَّا هو الحيَّ القيومَ وأتوبُ إليه غُفِرَ له وإنْ كان فرَّ من الزحفِ

Artinya : “Barang siapa mengucap aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan selain-Nya yang hidup lagi berdiri dengan sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya nescaya diampun baginya sekalipun adalah ia lari dari peperangan.”

Ini menunjukkan bahawa meletakkan baris الحي القيوم pada أستغفر الله العظيم الذي لا إله إلا هو الحي القيوم dari segi nahu boleh kedua-duanya. Yakni boleh Nasab (baris diatas) dan boleh rafa’ (baris dihadapan).

Bacaan nasab al-hayya al-qayyuma kerana ia menjadi sifat kepada lafaz Allah yang menjadi Maf’ul bih. Manakala bacaan Rafa’ al-hayyu al-qayyumu kerana ia menjadi Badal kepada Dhomir Huwa, atau menjadi Khabar kepada Mubatada yang mahzuf. والله أعلم بالصواب

03/11/19
#jengkasejahtera

3- http://www.piss-ktb.com/2018/12/5560-nahwu-irab-lafazh-al-hayy-dan-al.html?fbclid=IwAR3QB5HdvXoH7Azybuej9G8AIpeOoneFeensYi9xt7n789-Cpnevf5z6Rbs

PERTANYAAN :
Assalamu’alaikum. Poro ‘alim nyuwun pencerahan.  I’rob yang Paling kuat /shohih dari kalimat الحي القيوم pada istighfar :   استغفر الله العظيم الذي لا اله إلا  هو الحي القيوم وأتوب إليه  dibaca  rofa’ atau nashab? Monggo lengkapi tarkibnya. [Abul Ghiyats]
JAWABAN :
Wa’alaikumus salam. Dalam i’rab kedua lafadh tersebut (al-Hayy dan al-Qoyyum) bisa dibaca nashab dan rofa’: – Nashab karena menjadi sifat dari lafazh ‘ALLAHA’ – Rofa’ karena menjadi badal atau menjadi bayan dari lafazh ‘HUWA’ , atau dibaca rafa’ karena menjadi khobar dari mubtada yang di buang. Namun dari kedua i’rab, dibaca nashab lebih banyak penggunaannya dan pembacaannya serta lebih masyhur (aktsar dan asyhar).

 مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح من قال :  أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم ) : روي بالنصب على الوصف للفظ  الله ، وبالرفع لكونهما بدلين ، أو بيانين لقوله هو ، والأول هو الأكثر  والأشهر . وقال الطيبي : يجوز في الحي القيوم النصب صفة لله أو مدحا ،  والرفع بدلا من الضمير ، أو على المدح ، أو على أنه خبر مبتدأ محذوف .
–  تحفة الأحوذي قوله : ” أستغفر الله الذي لا  إله إلا هو الحي القيوم ” روي بالنصب على الوصف للفظ الله وبالرفع لكونهما  بدلين أو بيانين لقوله هو ، والأول هو الأكثر والأشهر ، وقال الطيبي يجوز  في الحي القيوم النصب صفة لله أو مدحا والرفع بدلا من الضمير أو على المدح  أو على أنه خبر مبتدأ محذوف
Wallahu a’lam. [Mujawib : Ust.Ghufron Bkl] @santrialit 
LINK ASAL : www.fb.com/groups/piss.ktb/1863154657040667/www.fb.com/notes/2295947563761372/
Sumber: http://www.piss-ktb.com/2018/12/5560-nahwu-irab-lafazh-al-hayy-dan-al.html?fbclid=IwAR3QB5HdvXoH7Azybuej9G8AIpeOoneFeensYi9xt7n789-Cpnevf5z6Rbs
Terimakasih, tetap mencantumkan sumber kutipan.


Sumber: http://www.piss-ktb.com/2018/12/5560-nahwu-irab-lafazh-al-hayy-dan-al.html?fbclid=IwAR3QB5HdvXoH7Azybuej9G8AIpeOoneFeensYi9xt7n789-Cpnevf5z6Rbs
Terimakasih, tetap mencantumkan sumber kutipan.

4- https://www.facebook.com/notes/pustaka-ilmu-sunni-salafiyah-ktb-piss-ktb/5560nahwu-irab-lafazh-al-hayy-dan-al-qoyyum/2295947563761372/